Puru Mulut (Contagious ecthyma)Pengenalan
Puru mulut ialah penyakit kulit dari jangkitan virus. Boleh berlaku pada kambing tidak kira umur, tetapi anak kambing lebih mudah terkena jangkitan/penyakit ini. Puru mulut boleh tertular kepada penternak yang mengendali kambing yang telah dijangkiti virus ini. Puru mulut boleh jangkit dari keruping (“scabs”) pada kandang dari anak-anak yang di jangkiti yang pernah diletakkan dalam kandan. Kambing yang mengidap puru mulut mesti di asingkan dari yang lain kerana jangkitan boleh juga berlaku melalui kontak.

Tanda-tanda penyakit
Lesi ini biasanya berlaku di bibir mulut dan boleh melibatkan gusi dan langit-langit anak kambing, di celah-celah digit kaki dan dibahagian ambing susu pada ibu.
Rawatan
Biasanya melibatkan membersihkan bahagian lesi, dengan membuang keruping/lesi. Bahagian berdarah akibat tindakan ini, di rawat dengan iodine dan antibiotik topical. Spray yang mengandungi antibiotik juga boleh digunakan.
Lesi-lesi di dalam mulut biasanya di rawat menggunakan garam halus. Besar kemungkinan, tindakan ini mengubah pH pada bahagian mulut, dan anak kambing yang mendapat jangkitan ini beransur pulih.
Pencegahan
Persekitaran yang bersih, anak yang sihat dan “immuniti” yang kuat. Dari pengalaman, puru mulut menular dikalangan anak yang kecil, tidak mendapat kolostrum yang cukup semasa lahir, dari ibu-ibu yang lemah dan tidak mempunyai susu yang cukup atau pun di kalangan anak yang yatim. Anak dan ibu yang mendapat infeksi ini diasingkan. Susu dari ibu yang mendapat lesi ini di bahagian ambing di perah terkemudian sekali. Terdapat vaksin yang boleh di gunakan untuk mencegah berlakunya puru mulut, tetapi vaksin puru mulut belum lagi di pasarkan di Malaysia

1 comment:
Fuiyohh! gambar koboi laa....
Post a Comment