Di akhir tempoh kebuntingan selama 150 hari (±10 hari), anak kambing akan lahir. Anak kambing yang baru lahir ini akan di jilat hingga bersih oleh ibunya. Uri akan di makan kembali oleh ibu nya. Sisa-sisa lain yang keluar dari kontraksi rahim seterusnya, biasanya di pungut dan di tanam. Anak yang baru lahir ini merupakan satu asset yang perlu penjagaan supaya ia terus membesar dengan sihat.
Anak kambing mesti telah dapat minum kolostrum dalam dua jam yang pertama setelah lahir, dan sekurang-kurangnya 300 – 600 ml dalam masa 24 jam pertama.
Dalam keadaan kecemasan (kematian ibu, kolostrum yang tidak mencukupi, atau ibu tiada kolostrum) kita boleh membuat bancuhan di bawah sebagai menggantikan kolostrum ibu:
Satu liter susu lembu segar
Satu biji telur dipukul sebati.
Dua sudu glucose (boleh juga guna gula).
Satu sudu minyak ikan ("cod liver oil").
Bancuhan ini di kacau hingga sebati, dan di bahagikan kepada empat bahagian, yang boleh di berikan dalm tempoh sehari.
Kolostrum ini merupakan sumber tenaga dan tahanan kepada anak yang akan membesar ini semasa ia masih belum di cerai susu lagi. Cerai susu biasanya di laksanakan ketika berat anak telah mencapai 20 kg (biasanya ketika umurnya 2 bulan). Ada juga amalan untuk cerai susu pada umur anak 3 bulan. Semakin hampir anak kepada umur atau tahap penceraian susu, ia bertambah mampu menghasilkan antibodi-antibodi nya sendiri, dan sudah tidak ada pergantungan kepada antibodi yang di perolehi daripada kolostrum ibu semasa lahir. Di sebabkan ini lah, pengurusan ibu ketika di bulan akhir kebuntingan, amat penting kerana ia boleh menjamin kualiti kolostrum yang baik, yang menentukan daya tahan anak kepada virus dan bakteria dalam persekitarannya

3 comments:
The special concoction is finally revealed! Byk resipi boleh cedok ni. Ritu dpt resipi nak jump-start rumen content, yeay!
doc..if i use dutch lady milk how?coz its easy to get from the normal shop..ok ke doc?
Doc..lagi satu minyak ikan mane nak cari..kat mane ade jual?
Post a Comment