Saturday, November 15, 2008
How much to feed
In this post, I want to test your ability to evaluate and make some comments on my feeding. I have a 110 kg stud boer. I collect semen from this male every alternate day. I feed him 1.2 kg of biopalma pellets (DM-90%, CP-15%, TDN 70%, and GE 17.5 MJ/kg) and 1.2 kg Palm Oil fronds (dry matter form, CP-4%, TDN 50%, and DE-5.65 MJ/kg). Tell me, if I am feeding them the right amount. What are your comments on the quality of my feed? Are there any other issues that I should be concerned with, giving my stud male such a feed.
Cheerio.
Saturday, November 8, 2008
Puru Mulut (Contagious Ecthyma)
Puru Mulut (Contagious ecthyma)Puru mulut ialah penyakit kulit dari jangkitan virus. Boleh berlaku pada kambing tidak kira umur, tetapi anak kambing lebih mudah terkena jangkitan/penyakit ini. Puru mulut boleh tertular kepada penternak yang mengendali kambing yang telah dijangkiti virus ini. Puru mulut boleh jangkit dari keruping (“scabs”) pada kandang dari anak-anak yang di jangkiti yang pernah diletakkan dalam kandan. Kambing yang mengidap puru mulut mesti di asingkan dari yang lain kerana jangkitan boleh juga berlaku melalui kontak.
Lesi ini biasanya berlaku di bibir mulut dan boleh melibatkan gusi dan langit-langit anak kambing, di celah-celah digit kaki dan dibahagian ambing susu pada ibu.
Rawatan
Biasanya melibatkan membersihkan bahagian lesi, dengan membuang keruping/lesi. Bahagian berdarah akibat tindakan ini, di rawat dengan iodine dan antibiotik topical. Spray yang mengandungi antibiotik juga boleh digunakan.
Lesi-lesi di dalam mulut biasanya di rawat menggunakan garam halus. Besar kemungkinan, tindakan ini mengubah pH pada bahagian mulut, dan anak kambing yang mendapat jangkitan ini beransur pulih.
Pencegahan
Persekitaran yang bersih, anak yang sihat dan “immuniti” yang kuat. Dari pengalaman, puru mulut menular dikalangan anak yang kecil, tidak mendapat kolostrum yang cukup semasa lahir, dari ibu-ibu yang lemah dan tidak mempunyai susu yang cukup atau pun di kalangan anak yang yatim. Anak dan ibu yang mendapat infeksi ini diasingkan. Susu dari ibu yang mendapat lesi ini di bahagian ambing di perah terkemudian sekali. Terdapat vaksin yang boleh di gunakan untuk mencegah berlakunya puru mulut, tetapi vaksin puru mulut belum lagi di pasarkan di Malaysia
Friday, November 7, 2008
Limfadenitis kaseous
Pengenalan
Satu penyakit yang penting pada kambing, ia di sebabkan oleh bakteria Corynebacterium pseudotuberculosis. Bakteria ini boleh hidup di dalam persekitaran untuk suatu jangkamasa yang lama. Ia menular dengan mudah dan menyebabkan noda limfa menjadi bengkak bernanah. Biasanya bengkak bernanah (bisul) ini berlaku di noda limfa intermandibular, parotid, retropharyngeal, dan cervical dan juga noda limfa dibahagian kaki iaitu noda limfa prescapular, prefemoral, dan supramammari.
Gambar kebiasaan lokasi bisul nanah pada noda limfa di permukaan kulit.
Rawatan
Apabila bengkak bisul sudah kehilangan bulu, kulit sekeliling nya bertambah merah, ia menjadi lembut dan sudah punyai mata, potong bisul tersebut dengan blade skepel.
Nanah yang keluar dari bisul di tangani supaya tidak terus menjadi kontaminasi kepada persekitaran kandang, air, tempat makan, pakaian yang boleh menjadi punca ianya tertular kepada ternakan lain di ladang. Cuci bahagian berbisul dengan disinfectant, seperti povidone iodine atau chlorhexidine. Bisul di bersihkan dan dikawal selia setiap hari sehingga sembuh.
Pencegahan
Ada dua pendapat mengenai kaedah pencegahan dan kawalan penyakit ini. Yang umum dan biasa di syorkan ialah untuk takai sahaja (“cull”) kambing yang mengidap limfadenitis kaseous. Melalui kaedah ini, kita dapat memastikan bahawa penyakit ini tidak tertular kepada kambing lain di ladang.
Satu lagi pendapat ialah untuk membersihkan nanah dari limfadenitis kaseous, memastikan nanah ini tidak kontaminasi kandang, peralatan ladang dan pakaian penternak semasa rawatan, dan merawat luka yang terjadi daripada rawatan sehingga sembuh. Walau apa pun, apabila kita sedar di kalangan ternakan kita ada yang mengalami limfadenitis kaseous, kita mesti mengasingkan nya dari kambing yang sihat supaya ia tidak merebak di kalangan ternakan kita. Gunakan sarung tangan semasa membersihkan bisul bernanah limfadenitis kaseous. Walaupun belum pernah terdengar kes ianya tertular kepada penternak, tidak salah bagi kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Ternakan boleh di beri vaksin (Glanvac) untuk kawalan dan pencegahan; cara menggunakan Glanvac ialah; (i) dos pertama di beri pada bila-bila peringkat umur kambing (bagi anak setelah cerai susu), (ii) dos kedua tiga minggu selepas dos pertama, dan (iii) dos ketiga 3 bulan selepas itu. Satu suntikan “booster” di beri setiap tahun selepas itu.
Thursday, November 6, 2008
Permanian Beradas (artificial Insemination)
Gambar teratas, sahabat saya Dr Wahid dengan prosedur laparoscopic intra uterine insemination. Beliau sedang cuba mengenalpasti organ uterus.
Gambar di bawahnya, beliau menyuntik semen menggunakan aspic needle yang di masukkan melalui trokar yang satu lagi.
Gambar bawah dan video, menunjukkan suntikan di buat ke dalam badan uterus.
Tuesday, November 4, 2008
Creep-feeding goats
Sunday, November 2, 2008
Kandang Kambing (1)
It really doesn't matter I think. More importantly, jarak lantai daripada tanah cukup tinggi (biasa nya membolehkan penternak menggendali najis kambing dengan senang) baja), tahi kambing mudah melepasi susunan kayu yang menjadi lantai, laluan udara tidak terhalang, kemudahan air yang mencukupi, jarak bumbung dari lantai yang memastikan suhu dalam kandang yang selesa dan bilangan kambing dalam kandang (ruang) yang tidak padat (melebehi kamampuan ruang). Boleh kah kita menternak kambing di atas tanah sahaja??I think the answer to that is "it depends". It depends on how many animals, how long and sistem ternakan (samada intensive atau semi intensive). I don't thimk it is a good choice for farmers in Malaysia, but I welcome other views. I don't think I am wrong, but still, is someone keeping goats on the ground out there, and he/she is not having a problem?
Saturday, November 1, 2008
Anak yang baru lahir
Dua penentu utama samada anak yang lahir besar, cergas dan sihat ialah;
1. Pemakanan yang kurang sempurna (protin dan tenaga yang tidak memenuhi keperluan)
kepada ibu di enam minggu terakhir,
2. Ibu yang mengalami distokia, biasanya akan berehat selepas melahirkan anak. Ini
mengakibatkan kemungkinan anak tidak mendapat kolostrum secepat mungkin.
Kegagalan mendapat kolostrum dengan cepat adalah antara faktor penentu kecergasan
dan pembesaran anak.
Anda boleh mengandaikan anda melakukan sesuatu yang betul, sekiranya anak yang di lahirkan secara am mempunyai berat badan melebehi 3 kg (bagi kambing boer). Umum di kalangan penternak, anak boer yang mempunyai berat badan yang kurang dari 2 kg tidak berkemungkinan untuk melangkau bulan pertama. Mengikut pengalaman kami, anak yang mempunyai berat lahir yang rendah boleh hidup jika di beri perhatian dan penjagaan yang baik; cuma anak ini tidak membesar pada kadar yang baik berbanding dengan anak kambing yang sebaya dengan nya.
Kolostrum dan anak yang baru lahir
Di akhir tempoh kebuntingan selama 150 hari (±10 hari), anak kambing akan lahir. Anak kambing yang baru lahir ini akan di jilat hingga bersih oleh ibunya. Uri akan di makan kembali oleh ibu nya. Sisa-sisa lain yang keluar dari kontraksi rahim seterusnya, biasanya di pungut dan di tanam. Anak yang baru lahir ini merupakan satu asset yang perlu penjagaan supaya ia terus membesar dengan sihat.
Anak kambing mesti telah dapat minum kolostrum dalam dua jam yang pertama setelah lahir, dan sekurang-kurangnya 300 – 600 ml dalam masa 24 jam pertama.
Dalam keadaan kecemasan (kematian ibu, kolostrum yang tidak mencukupi, atau ibu tiada kolostrum) kita boleh membuat bancuhan di bawah sebagai menggantikan kolostrum ibu:
Satu liter susu lembu segar
Satu biji telur dipukul sebati.
Dua sudu glucose (boleh juga guna gula).
Satu sudu minyak ikan ("cod liver oil").
Bancuhan ini di kacau hingga sebati, dan di bahagikan kepada empat bahagian, yang boleh di berikan dalm tempoh sehari.


