Friday, May 30, 2008

Masalah ambing susu pada kambing

Assalamualaikom wbt dan salam sejahtera.



Saya berpendapat ini satu masalah yang penting, amat mudah terjadi pada kambing kita, dan apabila berlaku begitu sukar sekali untuk memulihkan ambing susu. Kita rugi kerana anak kambing tidak akan dapat susu yang cukup, kalau kita memberi susu melalui botol pun ini tidak sekerap anak kambing menyusu dari ibu nya. Anak bila dicerai awal menghadapi masalah membesar dengan sempurna dan akan kelihatan terencat.
Saya sendiri manghadapi masalah mengenalpasti masalah ini di peringkat awal supaya tindakan boleh diambil agar kambing segera pulih. Dalam empat bulan yang berlalu sejak saya meninggalkan tugas sebagai pensyarah di Universiti, dan mula menjadi penternak professional, saya telah mendapat tiga kes radang susu pada kambing saya, dan dalam kesemua kes saya terpaksa membedah buang ambing yang rosak.
Walaubagaimana pun secara rutin saya meramas ambing susu ibu kambing saya setiap pagi permulaan kerja saya di ladang. Begini, saya juga dapat melihat jika ada keadaan yang boleh menyumbangkan kepada masalah ambing susu. Keadaan yang bagaimana? Dua yang penting ialah luka dari gigitan anak yang menyusu dan dermatitis pustular yang kerap berlaku di bahagian ambing susu dan kulit sekelilingnya. Mungkin disebabkan amalan ini, masalah radang susu walaupun berlaku, sebenarnya jumlah nya adalah berkurangan; maksud saya kalau saya tak amal begini, mungkin lebih banyak lagi kes mastitis di kalangan ternakan saya. Apakah tanda-tanda mastitis pada kambing ternakan kita?
(a) Demam (b) perubahan warna kulit ambing susu dan sekitar nya (c) Panas dan sakit di pegang (d) Keras dan berketulan (e) saiz yang tak seimbang antara dua ambing susu (f) perubahan pada rupa susu (warna dan berketul macam susu yang rosak) (g) kekurangan susu dan (h) mungkin tiada tanda langsung.
Sekiranya penternak seperjuangan mempunyai penyelasaian kepada masalah ini, sila lah maklumkan pandangan anda kepada saya.
Selamat Maju Jaya

1 comment:

mjah said...

amalan yang biasa dilakukan ialah dengan meletakkan tuala suam pada ambing susu kambing tersebut. Amalan tersebut juga diamalkan oleh para ibu yang baru melahirkan anak.