Friday, May 30, 2008

Masalah ambing susu pada kambing

Assalamualaikom wbt dan salam sejahtera.



Saya berpendapat ini satu masalah yang penting, amat mudah terjadi pada kambing kita, dan apabila berlaku begitu sukar sekali untuk memulihkan ambing susu. Kita rugi kerana anak kambing tidak akan dapat susu yang cukup, kalau kita memberi susu melalui botol pun ini tidak sekerap anak kambing menyusu dari ibu nya. Anak bila dicerai awal menghadapi masalah membesar dengan sempurna dan akan kelihatan terencat.
Saya sendiri manghadapi masalah mengenalpasti masalah ini di peringkat awal supaya tindakan boleh diambil agar kambing segera pulih. Dalam empat bulan yang berlalu sejak saya meninggalkan tugas sebagai pensyarah di Universiti, dan mula menjadi penternak professional, saya telah mendapat tiga kes radang susu pada kambing saya, dan dalam kesemua kes saya terpaksa membedah buang ambing yang rosak.
Walaubagaimana pun secara rutin saya meramas ambing susu ibu kambing saya setiap pagi permulaan kerja saya di ladang. Begini, saya juga dapat melihat jika ada keadaan yang boleh menyumbangkan kepada masalah ambing susu. Keadaan yang bagaimana? Dua yang penting ialah luka dari gigitan anak yang menyusu dan dermatitis pustular yang kerap berlaku di bahagian ambing susu dan kulit sekelilingnya. Mungkin disebabkan amalan ini, masalah radang susu walaupun berlaku, sebenarnya jumlah nya adalah berkurangan; maksud saya kalau saya tak amal begini, mungkin lebih banyak lagi kes mastitis di kalangan ternakan saya. Apakah tanda-tanda mastitis pada kambing ternakan kita?
(a) Demam (b) perubahan warna kulit ambing susu dan sekitar nya (c) Panas dan sakit di pegang (d) Keras dan berketulan (e) saiz yang tak seimbang antara dua ambing susu (f) perubahan pada rupa susu (warna dan berketul macam susu yang rosak) (g) kekurangan susu dan (h) mungkin tiada tanda langsung.
Sekiranya penternak seperjuangan mempunyai penyelasaian kepada masalah ini, sila lah maklumkan pandangan anda kepada saya.
Selamat Maju Jaya

Wednesday, May 21, 2008

Kenapa menternak kambing?

Kenapa tidak? Saya di maklumkan penternak kambing ini sebenarnya mengikut sirrah Rasulullah s.a.w. Jadi mengikut Nabi Muhammad s.a.w. itu kan ikutan yang baik. Jika di teliti, ada yang kata bahawa kambing ini adalah "ternakan para Nabi". Tahu kah anda bahawa daging kambing di panggil "chevon" dan bukan "mutton". Mutton tu, merujuk kepaqda daging kambing biri-biri. Chevon merupakan daging yang paling sihat dimakan. Malahan pakar perubatan mensyorkan chevon untuk pesakit-pesakit jantung, kerana daging ini sangat "heart friendly".



Menternak boleh menjadi satu pekerjaan atau yang memberi pulangan yang lumayan. Kambing adalah satu ruminan yang kecil, boleh kita kendalikan seorang diri, dan boleh melibatkan anak-anak dan isteri kita. Kambing mempunyai masa kebuntingan selama 5 bulan, dan boleh bunting sebanyak 3 kali dalam 2 tahun. Lumrahnya kambing boleh memberi 1 atau 2 ekor anak setiap kelahiran, walaubagaimanapun kadang-kadang seekor kambing boleh melahirkan 3 atau empat ekor anak sekali. Baik buruk anak yang banyak ini boleh di bahaskan, dan akan saya jelaskan nanti, dalam posting yang lain.



Kambing ini mempunyai "individual character" yang boleh menyeronokkan penternak. Ramai orang kata, mereka tak suka makan daging kambing sebab, darah tinggi lah, busuk bau nya lah dan sebagai nya. Masakan ternakan yang menjadi sirrah Nabi, merupakan ternakan yang memudaratkan kepada kita. Besar kemungkinan ada ubatnya dalam daging kambing yang belum jelas atau masih samar-samar kepada kita.



Posting ini merupakan yang pertama dalam blog saya. Saya akan update blog saya dari masa ke semasa. Menulis blog ini mengambil masa, tetapi saya akan memberi kommitmen sejam untuk blog saya setiap hari.....atas sebab-sebab kerja harian saya sebagai penternak kambing professional yang sangat sibuk. Ladang ternak saya ar Raudhah BiotechFARM terletak di Kuang, Selangor.



Salam perkenalan,

Azam