Sunday, March 8, 2009
Trace Minerals
Saya rasa ramai tidak memberi perhatian kepada keperluan mineral ternakan kambing mereka. Mungkin perkataan "trace" yang memberi kefahaman keperluan dalam jumlah yang amat sedikit di banding dengan nutrien yang lain, menyebabkan ramai mengandaikan bahawa mineral yang di perlukan pasti sudah cukup (sedia ada) dalam rumput/dedaun dan pellet yang di berikan.Berdasarkan penilitian saya, kuprum ("copper") sangat penting, dan pada kambing masalah yang timbul ialah dari kekurangan kuprum dalam pemakanan harian kambing. Garam batu yang ada di pasaran kebanyakannya garam biasa sahaja. Premix yang di rumus khas untuk kambing dibuat berdasarkan pengalaman ahli sain Malaysia kepada efek keracunan dari jumlah kuprum yang ada dalam makanan kepada kambing biri-biri. Tahu kah anda bahawa kandungan kuprum sehari yang boleh diterima seekor kambing biri-biri ialah kurang dari 10 mg. Tahap pada jangka masa yang lebih lama boleh menyebabkan keracunan kuprum pada kambing biri-biri. Efek nya pada kambing (jika di beri pada kadar 50 ppm se hari) ialah, pertumbuhan bulu yang cantik, immuniti yang lebih baik dan kesuburan pembiakan. Anda boleh agak ("gut feeling"), anda mungkin manghadapi masalah kekurangan kuprum pada kambing anda sekiranya anda melihat tanda-tanda berikut; bulu di sekeliling mata mungkin luruh atau hilang pigmentasinya menjadikan nya lebih cerah (kambing seolah-olah memakai cermin mata), dari rekord anda....kesuburan (kadar kebuntingan) kelompok kambing anda menurun, kambing mudah mendapat penyakit kulit (seolah-olah infeksi bakterial) dan bulu di hujung ekor juga luruh. Kalau anda menghadapi masalah ini....apa yang boleh anda lakukan?
Subscribe to:
Comments (Atom)
